Al Fatihah utk Husni Bin Husin
Friday, March 21, 2008 ' 5:28 PM l
Sebelum aku ceritakan semalam punya hal ni. Husni Bin Husin ni sebenarnya downline MYMODE aku. Dan aku sebenarnya tak pernah kenal dia. Tapi malam tadi aku servis downline2 aku. Aku msg dioranglah mengikut mender yang patut.
Dan kat Husni nih aku punyer msg lebih kurang ginilah. "Aku tengok kor tak pernah guna mymode pun dah tak guna mymode lagi ker?" Lebih kurang gitulah. Sebab dia nih CM dah ader 8 org downline bwh dier. Kalau biasa2nya lah jarang sangat aku nampak CM mYmode yang tak guna prepaid melalui Mymode. Lainlah kalau pangkat MA ...
Pendekkan cerita pagi tadi masuk satu msg, dan orang rumah aku tlg buKAkan. Tetiba ...." Bang kenapa pulak org ni hantar msg ckp gini kat abg?"
"saper..?"
"Husni.."
"Husni?..." Hah aku ingat dah.. Husni tur downline mymode aku.
Aku amek hp dari bini aku...dan baca msg tur.....
KATANYA: "Utk pengetahuan Encik,sebenarnya HUSNI dah MENINGGAL setahun yang lalu."
Tergamam aku...
"Seseorang yang kita tidak kenal pun kadang-kadang boleh membuat kita rasa kehilangannya."
Marilah sama2 kita Hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Husni Bin Husin
AL-FATIHAH
Kisah Maria, Merpati dan Panglima Amru Ibnul-Ash
Monday, March 17, 2008 ' 4:34 PM l
Di atas khemah Panglima,
Seekor merpati berjongkok mengerami telurnya.
Diboiarkan Panglima agar ia hidup,
sedang ia sendiri pergi mengadang maut.
Alangkah bahagianya merpati itu,
dengan tenang menunggu idamannya.
Seperti bahagianya seorang ibu menunggu kelahiran sang bayi.
Di atas khemah Panglima,
seekor merpatiberjongkok mengerami telurnya.
Kalau ditanyakan kepadanya tentang telurnya itu,
ia akan menjawab : Inilah milikku yang paling berharga.
Seperti bahagianya seorang ibu yang memiliki seorang anak dlm hidupnya,
selamanya ia tidak akan kesepian.
Apakah aku terlalu memberatkan alam ini,
bila aku bebani dengan cintaku terhadap seorang laki-laki?
Di atas khemah Panglima,
Seekor merpati berjongkol mengerami telurnya.
Matahari, bulan, bintang-bintang dan seluruh alam ini kecil dalam pandanganya,
lebih kecil dari telur yang dieraminya itu.
Seperti cinta kekasihnya seorang ibu terhadap anaknya melebihi segala cinta.
Apakah terlalu berat atau mustahil,
bila aku sendiri ingin menjadi seperti merpati itu.?
Di atas khemah Panglima,
seekor merpati berjongkol mengerami telurnya.
Berkata merpati itu: "Alam ini ingin dipandang dengan dua warna oleh mata wanita."
Kekasih besar yaitu suami, dan kekasih kecil yaitu anak.
Masing-masing tunduk kepada undang-undangnya.
Wanita tidak mahu tunduk kecuali terhadap undang-undangnya pula.
Hai merpati, engkau tidak mengenal Panglima,
tetapi ia telah meninggalkan khemahnya untukmu.
Demikianlah nasib: Keadilan yang berlipatganda di satu pihak dan kekejaman berlipatganda pada pihak lain.
Pujilah Tuhan hai merpati,
sekalipun engkau tidak punya bahasa dan agama.
Engkau hanya punya: Cinta, naluri dan hidup.
Di atas khemah Panglima,
seekor merpati mengerami telurnya.
Merpati bahagia yang akan menjadi Hudhud Sulaiman dalam sejarah.
Dihubungkan Hudhud dengan Sulaiman,
dan akan dihubungkan merpati itu dengan Amru Ibnul-Ash.
Ajaib, mengherankan engkau hai Amru,
apa salahnya sekiranya engkau mencintai pula merpati yang lain....?
Selepas beberapa waktu Maria pun meninggal dunia, tanpa sempat bertemu dengan Amru Ibnul-Ash. Malah tanpa sempat meluahkan isi hatinya. Dia meninggal dunia kerana derita batin kerana kerinduan dan percintaan yang dipendamnya.
Pertunangan
' 12:47 PM l

15/3 hari tu adalah hari gembira buat keluarga aku. Sebab adik aku yang no empat la pulak selamat bertunang... huihhh..Kesluruhannya semua berjalan dgn baik dan sgt sedikit kepincangannya. Kalau ader pun mungkin time rombongan lelaki dtg turr laa kot. Kitorang ingatkan abah tak bgtau kat Abgngah(suami makcik) utk jadi juruckp sebelah perempuan, huu aper lagi kelam-kabut gak lahh... risau aku ttibe jerr nanti abah tolak aku kedepan.. hah!! Jwbnya baca doa dlm bahasa INDUStaN aku. Baru dia kacau orng nk amin tak tau tang mana.

Tapi semua kira okey lah... tak der pantun2 yang berbelit2, tak ada kias-kias dulu kala yang bukan menambah mudahnya. Semuanya cam merasmikan aper yang dah dibincangkan semasa merisik haritu jer.
Azzri ( Tunang adik aku ) lepas semua dah selesai dia masuk salam ngan aku dan ngah. Wah... kemain beseri-serinyer muker. Lega selega leganya aku tengok emosi dier... Cam org sakit perut baru lepas keluar tandas...HAhaha,yerlah dgn memacam dugaan sbelum bertunang aritu. Aku pun suspek'lah dgn Azzri...sabar dan degil dgn aper yang dia percaya. Hihihi...(pujian nih bukan bermakna aku tak akan SEKEH kepala dia kalau dia buat ADIK aku sdih)

Dan yang besnyer haritu juga adalah harijadi Ngoh. Ptg turr aderlah sesi potong memotong kek. Hehehe....aku nih semenjak dua menjak nih dah lah mcm ubiKELEDeK rebus jerk... jumper lak dengan kek.. umpp..lantak laaaa,,, layen bulan aaa diet!!
BUAT NGOH, LONG UCAPKAN SELAMAT ARIJADI...
TAUN NIH, MCM TAUN-TAUN YANG LEPAS GAK LAH...
TAK ADA HADIAH DARI LONG...SORI
TAPI LONG TETAP BERDOA AGAR ADIK LONG AKAN SENTIASA BAHAGIA...
DAN JGN MAKAN BENDA MANIS-MANIS SGT DAN JGN LUPA MAKAN UBAT.
Kesilapan yang Tak sepatutnya berlaku
Wednesday, March 12, 2008 ' 2:03 PM l
Apa2lah sekalipun... kalau dah namanya mula-mula nak menceburi sesuatu bidang tur.. memang tak larilah dari kesilapan. Semalam aku promotelah MYMODE dgn gunakan SMS. (kalau 8tahun dulu cara nih dah kira advanc' tahap dewa dah nih, tp skrang cara yang aku guna nih kuno ya amatlah dah).
Memula turr.. aku taip dulu msg nyer, peh tur save as template, jd senanglah nak guna kononnya. Jd memula...aku random no2 hp. Hehehe... cara yang paling bangang, tapi aku rasa cara tur..lah yang paling tersusun utk aku nak buat folowup blik nt. Dari no hp aku sendiri aku turunkan satu angka, satu angka. Korang dapat bayangkan tak? aLAH CAM NI LAH LEBIH KURANG.. no hp aku 019950 6379, jadi aku ubah no di belakang sekali.
Bergitulah seterusnya sampai dekat 700 no hp aku editkan. dari pukul 3 ptg smlm aku mengerjakannya sampailah pukul 5pg tadi baru aku stop. adalah 8 org yang bg respon' ah..!! boleh folowup dah ari nih...
Korg bayangkan bertapa TERUJAnya aku login ptg nih... nak nengok berapa KOYAN org yang regis free members kat web replika aku. Lebih 700 nombor lah katakan.
Tapi KAMPANG seribu kali KAMPANG nyerlah... baru jap nih... bila aku cek balik alamat web replika prepaid4u yang link ke user aku turr,,, ruper2nyer SALAH. Aku salah tulis dan smskan add yang salah kat 700 org tur... perghhh!!! Kredit hp aku abih dekat rm35....dah la turr berjaga sampai pukul lima pagi. Huiii!!! kesilapan dari kebangangan sendiri yang tak boleh di terima lansung.! MASYAALLAH....sabo jelah.
nih lah bender yang salahnya.
http://prepaid4u.net/id?=wirajiwa (salah)
http://prepaid4u.net/?id=wirajiwa (betul)
korang dapat kesan tak kesalahannyer...? Hhehe

masa yang berkualiti
Friday, March 7, 2008 ' 9:05 PM l
Hari ni aku ngan Dee meneruskan lagi projek untuk menghidupkan balik permainan gasing pangkah kat Kota Tenno nih. Ngoh join lambat sikit tadi. Tapi tah lerr.. dah tak reti dah aku memusing gasing nih. Hahahahah