<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3321638412873486803&amp;blogName=Wirajiwa%27s+BLOG&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fwirajiwa.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fwirajiwa.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <script type='text/javascript' src='http://track3.mybloglog.com/js/jsserv.php?mblID=2008032602331883'></script>
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
MAQAM-MAQAM ROH

Friday, April 18, 2008 ' 5:00 PM l
“Assalamualaikum..Segala Puji-puji bagi ALLAH S.W.T Selawat dan Salam bagi Junjungan kita Nabi Agung Muhammad s.a.w serta Sahabat dan Keluarga Baginda. Dengan daya dan izin ALLAH jua dapatlah saya menyalin sebahagian bab dari terjemahan sebuah buku yang berjudul “The Book of Sufi Healing” (kitab al-Tibb al-Ruhi as-Sufi) karangan Syeikh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin.

Dengan sedikit olahan dari gaya bahasa serta perumpamaan-perumpamaan. Pada pendapat saya karangan ini sangat baik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan bagi pembaca-pembaca sekelian umumnya.

Akhir kata saya memohon ampun kepada ALLAH S.W.T jika ada kesilapan didalam salinan saya dan sama-samalah kita membetulkannya. Dan kepada ALLAH saya berserah diri.
Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"


Salinan dan olahan semula : wirajiwa
Penterjemah : Rozali Md. Isa


MAQAM AN-NAFS


Dalam perjalanan hidup di dunia ini,fizikal kita melalui peringkat-peringkat atau maqam-maqam iaitu peringkat bayi, peringkat kanak-kanak, peringkat muda dan peringkat tua. Demikian juga roh itu melalui peringkat-peringkat evolusi atau maqam yang tertentu.

Perkataan Arab bagi maqam itu ialah maqam (banyak: maqamat) yang bererti tempat berhenti dan berehat sebentar, tempat kediaman, wisma, tinggal, kehormatan, jabatan, keadaan, nada muzik dan soalan. Sebenarnya pendudukan maqam oleh roh adalah semuanya itu dan kadang-kadang lebih daripada itu.

Maqam roh itu dimasuki pada waktu lahir lagi, dan seluruh hayat ini menduduki satu daripada maqam-maqam tersebut, miskipun ada peralihan dari satu maqam ke maqam yang lain. Susunan itu dari bawah keatas adalah seperti berikut:

Maqam an-nafs = Maqam egotisma ( maqam nafsu )
Maqam al-qalb = Maqam hati
Maqam al-roh = Maqam roh
Maqam as-Sirr = Maqam rahsia (ketuhanan)
Maqam al-Qurb = Maqam kehampiran (dengan ALLAH)
Maqam al-Wisal = Maqam kesatuan (dengan ALLAH)

Dari semenjak lahir kita sentiasa berjuang dan berusaha memajukan roh. Kemajuan dalam usaha ini boleh ditanda dan diukur dengan merujuk kepada maqamat (maqam-maqam) tersebut. Memang bukan semua orang mencapai maqam itu. Dan bukanlah badan yang mengembara disitu tetapi roh.

Roh itu juga bermaksud nafas ALLAH, malaikat Jibril, Al-Qur’an, Wahyu dan kenabian. Menurut orang sufi, roh itu adalah zat hidup, bukan badan atau otak dengan fikiran dan ingatannya, bukan juga proses-proses hayat ini. Roh mempunyai wujud tersendiri yang datang dari ALLAH dan milik ALLAH semata-mata.

Apabila kita bertanya apakah rasanya buah delima, “maka jawabnya ialah rasanya seperti rasanya juga”. Jawapan itu tidak cukup untuk memuaskan hati, tetapi kerana keunikan dan tersendiri keadaannya, rasanya juga tidak dapat untuk diumpamakan dengan rasa-rasa yang lain. Demikian juga dengan roh.

Roh atau zat itu dapat dibuktikan wujudnya melalui penzahiran atau manifestasinya. Kita ambil contoh iaitu ‘tarian’. Tarian wujudnya tidak secara konkrit (dapat dilihat, disentuh, dan sebagainya). Ia lahir dalam bentuk rentak, tempo, corak, gerak-geri dan sebagainya. Begitulah perumpamaan tarian dan penarinya. Roh dan jasad. Roh manusia memerlukan penzahiran (rentak dan corak) untuk terzahir dalam alam fizikal (jasmaniah). Roh itu berbeza dari nafas. Nafas ialah tenaga ketuhanan yang menggiat atau mengerakkan fenomena atau kejadian jasmaniah dalam badan termasuk proses mental. Roh itu lebih tinggi darjatnya dari nafas dan lebih dekat dirasai.

Matahari, batu api, mancis dan sebagainya ada zat api padanya. Semuanya ada zat yang sama, tetapi bentuk fizikalnya berbeza-beza, dan setiap satu terletak di peringkat evolusi berbeza iaitu maqam yang berbeza. Hakikat zat api itu ialah sebahagian dari Nur ALLAH (cahaya ALLAH)

Setiap manusia ada roh, tetapi roh seseorang itu tidak sama dengan roh seorang yang lain. Seorang yang kufur tidak sama dengan seorang Waliyullah. Ada roh yang lebih suci daripada roh yang lain.

Setiap orang lahir dalam “maqam nafsu” dan inilah maqam yang pertama dalam hidup di dunia ini. Bayi yang hanya hendak memenuhi keperluan jasmaniahnya semata-mata. Dan memerlukan makanan dan minuman, perlu digendung. Dia akan menangis untuk menyatakan kehendaknya. Dia tidak tahu akibat perbuatannya. Bayi memecahkan sesuatu benda yang dianggap sangat bernilai oleh orang dewasa dan dia ketawa melihat keadaan itu.

Seseorang dalam pertumbuhan awal hanya semata-mata mementingkan hawa nafsu kehaiwanannya, makan minuman dan segala jenis ransangan nafsu. Semua ini adalah keadaan yang dikurniakan ALLAH yang diperlukan oleh mereka. Bayi dan kanak-kanak di pasaraya dengan sengaja memecahkan barangan yang dipamerkan di situ, orang tidak marah. Tetapi sekiranya orang dewasa yang melakukan dengan sengaja perbuatan yang sedemikian pastilah tindakan akan diambil keatasnya.

Dalam maqam nafsu, daya pertimbangan akan dan pemikiran belum maju lagi. Daya ini datang kemudian. Dalam proses pertumbuhan anak itu, ibu bapanya atau masyarakat sekeliling biasanya memberi pengaruh kepada perangainya. Dengan kata lain, anak itu berlajar mengikut sifat-sifat yang tertentu. Siapa yang menyimpang daripada jurusan itu akan ditentang dengan pelbagai halangan yang menyusahkan.

Adalah perkara biasa dan memang difahami bahawa kana-kanak memang berada dalam peringkat maqam nafsu ini. Sebagai mana kanak-kanak itu membesar dan merangkak, badan bertambah matang, tindakan fizikal bertambah licin, maka bergitu jugalah kita mengharapkan rohnya berkembang maju dan meningkat ke atas melebihi maqam nafsu itu.

Al-Qur’an menerangkan cara-cara bagaimana memajukan dan mempertingkatkan roh. Cara hidup yang ditonjolkan oleh Al-Qur’an itu digelar As-Sirat al-Mustaqim (jalan yang lurus)

Bagi orang sufi, tujuan hidup ini ialah mengembara menuju kepada ALLAH. Untuk berbuat demikian hendaklah dengan cara yang munasabah dan boleh membawa kejayaan dan juga yang paling cepat sampai. Oleh itu, jalan lurus adalah jalan yang paling dekat antara dua tempat- maqam an-nafs dengan maqam al-Wissal (iaitu maqam kesatuan dengan ALLAH). Paling dekat dan paling cepat sampai.

Ramai orang yang telah dewasa dan tua bangka tetapi rohnya masih diperingkat maqam an-nafs. Orang seperti ini tidak pernah merasa puas dan tidak pernah merasa kenyang untuk memenuhi kehendak nafsu. Jika manusia berapa terlalu lama dalam peringkat ini, ia boleh menimbulkan banyak penyakit emosi dan fizikal yang teruk. Ketakutan, keresahan batin, keraguan pada diri sendiri, mementingkan diri sendiri, akal tidak siuman, menangis tanpa sebab, putus asa, penyakit saraf, penyakit jantina, membunuh diri – semuanya penyakit emisi yang berkaitan dengan “maam an-nafs”, jika seorang itu berada terlalu lama dalam maqam ini hingga ke tua.

Penyakit fizikal yang bersangkutan dengan “maqam an-nafs” kadang-kadang berlaku serentak dengan penyakit-penyakit emosi dan psikologi. Tetapi bagi badan akibat terlalu lama dalam peringkat ini akhirnya boleh menimbulkan penyalahgunaan dadah, ketagihan arak, jenayah, terlalu gemuk, hypoglycemia, buta dan penyakit mata, demam kuning, penyakit jantung, penyakit kelamin dan kanser. Keadaan ini akibat daripada kegagalan mengawal dengan sempurna satu atau lebih fungsi-fungsi nafs badaniah. Mungkin orang tidak percaya dan berkata bahawa dia mengenali seorang yang sangat baik akhlaknya tetapi mengidap penyakit lemah jantung. Dengan mengetahui maqam-maqam selanjutnya berkenaan evolusi roh (perjalanan roh) akan menjelaskan perkara ini sepenuhnya.

Cara untuk melepaskan diri dari maqam an-nafs dan maju lagi ketingkat yang lebih atas ialah mendisiplinkan dan melatih egi diri dan nafsu. Ini bererti mempertingkatkan kuasa iradat, tanggungjawab, pertimbangan akal, belas kasihan dan sopan santun, dan lain-lain sifat yang baik. Apabila seseorang itu mendapat mengawal nafsu dan meniggalkan peringkat maqam itu, ia akan sampai ke “maqam al-qalb” atau maqam hati.

MAQAM AL-QALB

Perkataan Arab bagi hati ialah “QALB”. Perkataan ini mempunyai maksud yang luas dan mulia iaitu hati, fikiran (minda) roh, kefahaman, akal (intelek), intisari, tulang sumsum, tengah, bahagian yang paling baik dipilih, teras, tulin dan suci. Qalb itu juga membawa makna susunan, menukar keadaan atau menjadi. Bagi orang sufi, hati itu adalah alat atau cara di mana mlaluinya semua perubahan itu terjadi.

Mereka yang menduduki (maqam hati) memiliki kebaikan. Mereka berasa baik tentang diri dan alam ini. Orang dalam maqam ini akan berkata, “Aku hendak membuat yang baik-baik saja dalam dunia ini. Aku mencintai alam semula jadi dan akan menerima semua orang. Alagkah indahnya kehidupan ini !”

Memandangkan sikap yang baik terhadap hidup ini, mungkin kita menganggap orang dalam “maqam al-qalb” ini tidak ditimpa penyakit. Tetapi sebaliknya yang terjadi. Orang dalam maqam ini masih boleh diserang oleh ketidak seimbangan emosi dan fizikal dan juga spiritual (kerohanian). Penyakit emosi dan roh ini termasuklah tidak boleh menumpukan fikiran (kosentrasi), lupa, takut gagal, kemunafikan jenis tertentu, emosi yang melampau seperti ekstasi (tidak sedar diri), perasan putus asa, seronok dan marah yang melampau, sombong dan tidak perduli perasaan orang lain.

Miskipun adanya aspek yang positif dalam maqam ini, namun ia masih dalam maqam kedua dalam perjalanan roh. Peringkat ini menimbulkan pergolakan emosi yang hebat, seperti perceraian antara suami isteri atau masalah perhubungan dengan orang lain, dan juga kesukaran dari segi kewangan. Ini disebabkan orang itu merasai tekanan ekstasi (dzauk) iaitu perasaan keghairahan baru yang menguasai kehidupan seseorang itu. Ramai rakan yang baik dengan orang itu sebelum ini tidak lagi setuju dengan pendapatnya dan bertambah rengganglah persahabatan mereka kerana timbul berbagai-bagai perselisihan faham dan sebagainya, setelah dia sampai ke maqam hati ini. Ramailah saudara dan kenalannya yang tidak mahu bercampur dengannya lagi.

Ada juga terjadi masalah fizikal pada orang-orang dalam peringkat ini. Penyakit dalam peringkat ini sangat teruk, kerana badan sedang melalui proses pembersihan dan dalam proses membuang racun dan benda-benda yang tidak berguna yang terkumpul dalam peringkat sebelumnya. Oleh itu penyakit orang dalam maqam al-qalb ini ialah sakit kepala, rasa hendak muntah, sakit-sakit dan lenguh seluruh badan, keracunan badan (pecah-pecah kulit, penyakit kulit kepala), demam, sakit pada pundit hempedu dan sakit buah pinggang.

Penyakit dalam maqam an-nafs biasanya sangat teruk dan selalunya tidak dapat disembuhkan, tetapi dalam maqam al-qalb, badan itu sendiri merawat dan menyembuhkan penyakit itu. Hamper semua adalah tanda-tanda satu atu lebih jenis krisis penyembuhan yang dilalui oleh badan dalam menyembuhkan dirinya sendiri. Proses ini mungkin tidak digemari tetapi faedahnya besar.

Adalah sukar mengembara terus ke maqam-maqam yang lebih tinggi lagi jika tidak ada guru yang benar-benar mursyid. Di bawah pimpinan guru, kita boleh bergerak terus keperingkat yang atas lagi iaitu “maqam ar-roh” (maqam roh), dengan mengikut pelbagai amalan untuk memajukan sifat-sifat kasih sayang, pertimbangan dan disiplin diri hingga ketahap kesempurnaan.

MAQAM AL-ROH

Tidak syak lagi maqam al-roh ini ialah peringkat yang diberkati, dan orang yang menduduki peringkat ini dilihat oleh orang lain sebagai orang yang berwatak cinta dan bersifat ketuhanan, tetapi masih ada lagi ketidak seimbangan fizikal dan emosi, yang mana adalah sebahagian daripada alat atau mekanisma yang dengannya seseorang itu sampai kepada ALLAH. Keadaan ini mendalamkan iman. Persoalan emosi “maqam ar-roh” termasuklah sombong, megah kurang konsentrasi, pening-pening, sikap tidak bersungguh-sungguh dan kadang-kadang menghina orang lain. Inilah penyakita-penyakit dalam maqam ini tetapi bukanlah perangai orang yang seimbang dalam maqam ini. Ketidakseimbangan ini boleh terjadi apabila orang itu belum lagi sampai ketahap yang seluruhnya bebas dari kehendak-kehendak nafsu.

Suatu ketika apabila seorang ahli sufi yang sangat terkenal pada zamannya iaitu Syeikh Abdul Qadir Jilani r.a telah dianggap orang sebagai syeikh kerohanian yang besar, didatangi suatu lembaga yang mahu merosakkan akidah beliau dengan memberitahu yang beliau ( Syeikh Abdul Qadir Jilani ) sekarang tidak perlu lagi bersolat kerana beliau telah mencapai maqam yang tinggi. Tetapi dengan pimpinan ALLAH S.W.T dan ketinggian ilmu beliau. Syeikh Abdul Qadir Jilani telah membaca sepotong ayang Al-Qur’an yang menunjukkan bahawa lembaga itu sebenarnya syaitan. Ini menunjukkan bahawa makin jauh seseorang itu mengembara dalam jalan tareqat kerohanian maka makin banyak dia digangu oleh syaitan.

Setengah dari ketidakseimbangan dalam maqam ini mudah dikawal, tetapi setengahnya tidak. Satu daripada sifat yang paling sukar dan bahaya ialah sombong atau bongkak. Inilah sikap yang suka memuji diri sendiri. Dia akan berkata, “Aku lebih baik daripada orang lain. Aku solat sepanjang hari, aku berpuasa, aku takafur. Aku melihat semua orang seperti sampah. Mereka semuanya berdosa.” Tetapi sikap ini bahaya, kerana ini mengotorkan kesucian kerohaniannya. Perlu diingati setiap orang maju kesatu tahap tertentu dalam perjalanan kerohanian dengan izin ALLAH. TIDAK KIRA BAGAIMANA TENGGELAMNYA SESEORANG ITU DALAM KEHIDUPAN DUNIA INI NAMUN DIDALAM JIWA MEREKA MASIH TETAP ADA PANCARAN KETUHANAN. Mereka juga boleh maju. Orang-orang dijalan lurus yang tulin tidak akan mencaci orang lain. Sepatutnya mereka yang belum sedar itu dipimpin keluar dari jalan yang sesat masuk ke jalan yang benar dan lurus.

Ada sedikit masalah jasmaniah (fizikal) yang berkaitan dengan maqam roh ini, termasuklah mabuk sendiri (akibat malas bernafas yang keterlaluan), beberapa jenis ransangan urat saraf, keletihan, selera tidak normal dan juga demam.

Ada dua bentuk demam: pertama , terjadi dalam maqam nafsu. Hati jasmani itu panas yang ditimbulkan oleh badan kerana menapis dan memproses kotoran yang berlebihan. Demam jenis yang kedua terjadi dalam maqam yang diatas lagi dan ini merupakan pembersihan rohani yang dalam yang menyebabkan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w “Dosa itu jatuh berguguran seperti daun yang gugur dari pokok”. Demam ini membakar kotoran do peringkat roh. Bahkan sebahagian daripada nabi-nabi pun tertakluk pada demam-demam. Orang soleh yang mengalami demam pada peringkat ini bukanlah sedang dirawat kerana perbuatan dosa mereka. Seorang ahli sufi pernah berkata , “Pada awalnya anda taubat daripada lupa kepada ALLAH walaupun satu saat”. Keadaan inilah yang dirawat dalam “maqam ar-roh”.

Ada juga terjadi orang dalam maqam ini menjadi gila jika ia tiada guru. Mereka mungkin jatuh ke jurang “khayal sendirian”. Wahai orang-orang yang mencari, janganlah kamu hanya rehat di satu-satu maqam saja atau menyangka kamu tidak akan jatuh balik ke maqam yang di bawah.

Apabila tabib kerohanian merawat seseorang pesakit maka jelaslah bahawa beliau memberi rawatan yang berbeza. Waliyullah dirawat dengan cara yang lain dan orang biasa dirawat dengan cara yang lain, walaupun mereka mengatakan mereka mempunyai penyakit yang sama. Demam contohnya.

Persoalan yang mungkin timbul adakah seseorang itu boleh bertindih atau beselisih maqam. Ini tidak berlaku. Maqam itu ialah tempat berhenti rehat. Oleh itu, apabila seseorang itu masuk ke satu maqam, ia akan berada di situ hingga meninggal dunia atau hingga naik ke maqam atas lagi atau undur balik ke maqam yang dibawah. Walau bagaimanapun ada banyak keadaan tau hal yang terjadi dalam sesuatu maqam. Hal bermaksud “pertukaran” dan dikaitkan juga perkataan ini melalui bunyi kepada hal yang bererti melepas ikatan atau melarutkan. Dalam pengertian ini, seseorang itu hilang pengaruh deria seperti dzauk semasa mereka berzikir hingga kadang-kadang mereka jatuh tidak sedar diri dan dapat memandang seketika kealam hakikat dan makrifat.

MAQAM AS-SIRR

Maqam keempat ialah “maqam as-sirr”. Inilah maqam rahsia-rahsia Ketuhanan. Perkataan sirr (banyak: asrar) adalah berkenaan dengan rahsia paling besar, yang tidak dapat difikirkan, dan apabila dialami sukar dipercayai. Perkataan ini juga mempunyai maksud yang lain, misalnya bersatu, bahagian tengah atau paling baik pada sesuatu, tanah paling kaya, akar, asal dan pusara.

Inilah maqam yang dimaksudkan oleh ALLAH dalam firman-Nya , “Ada hamba-hamba-Ku yang tertentu yang tidak berhenti-henti berusaha menghampiri-Ku dengan ibadat-ibadat sunat sehingga Aku menjadi mulut yang dengannya mereka berkata-kata, mata yang dengannya mereka melihat, telinga yang dengannya mereka mendengar, tangan yang dengannya mereka memegang dan kaki yang dengannya mereka melangkah”. Mereka yang bernasib baik dalam maqam ini diletakkan di tempatnya masing-masing. Mereka diberi kuasa pendengaran batin iaitu daya luar biasa pendengaran dan dapat membaca fikiran orang lain. Malaikat datang kepada mereka dengan perkhabaran-perkhabaran dari alam ghaib.

Suatu hari orang bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Untuk apakah alam semesta raya ini dijadikan ALLAH? Bagaimanakan ia wujud?”.
Nabi menjawab, “Aku tidak tahu jawapannya. Aku akan bertanya dulu kepada Malaikat Jibril”.
Nabi pun bertanya kepada Jibril yang memberi jawapan demikian, “Aku tidak tahu, aku akan bertanya kepada ALLAH”.
Lalu Jibril pun bertanya kepada ALLAH S.W.T. kemudian ia kembali membawa firman ALLAH. “Kami ciptakan langit hanya untuk memberi pemandangan yang indah-indah dan untuk hiburan bagi makhluk, dan untuk mempamirkan keagungan dan kekuasaan Kami dan diciptakan bintang-bintang yang berkelipan untuk mempertingkatkan jiwa makhluk dan mengembirakan mereka dan menyebabkan mereka kagum dan terpesona dengan ciptaan ALLAH S.W.T.

Apabila ALLAH ditanya bagaimana Dia membuat semua ini, Jibril melaporkan bahawa ALLAH berfirman, “Aku tidak jadikan manusia itu berupaya untuk mengetahui bagaimana Aku buat semua itu. Walau Aku beritahu kepadamu, kamu tidak akan faham tetapi tatkala bercerai nyawa dengan badan, tatkala itu hijab telah tersingkap, kamu akan melihat bagaimana ia dibuat dan kamu akan hairan dan takjub dengan kebijaksanaan-Ku. Akulah pencipta yang paling baik. Sebagaimana Aku jadikan langit itu dengan rumit dan komplek sekali, maka bergitu jugalah Aku menjadikan diri manusia itu lebih hebat dan rumit lagi”.

Nabi Muhammad s.a.w yang sudah pasti berada di maqam yang paling tinggi dapat menerima perkhabaran sedemikian. Peringkat yang tinggi dan anugerah ini tidak dicapai oleh orang biasa.

Orang yang masuk ke “maqam as-sirr” telah lulus ujian yang paling sukar dan mereka tidak lagi mencari aspek kehidupan yang ditunggangi oleh hawa nafsu. Mereka tidak lagi berusaha mencari kemasyuran, kekayaan atau keghairahan perasaan. Mereka hidup kerana ALLAH dan untuk ALLAH. Mereka berhubung rapat dan mesra dengan ALLAH dan dengan penghuni langit. Namun mereka tetap manusia biasa. Beberapa kejadian fizikal dan emosi memang ada terjadi pada peringkat ini. Tidaklah benar mengatakan kejadian-kejadian ini sebagai “penyakit” tetapi adalah ketidakseimbangan atau sampingan yang menyebabkan seseorang turun dari peringkat ini atau menjadi lemah dalam maqam ini dan tidak berterusan lagi untuk mencapai tujuan atau matlamat iaitu ALLAH S.W.T. Ketidak seimbangan utama “maqam as-sirr” ini termasuklah penafsiran palsu tentang fenomena (kejadian luar biasa) Ketuhanan, tidak rasional, kurang minat dengan kehidupan duniawi, sakit hati dan jasmani serta rasa membara hati jasmani.

Seseorang yang berada dalam maqam di bawah tidak boleh biasanya melompat beberapa maqam diatasnya. Diumpamakan seorang kanak-kanak boleh memandu basikal tetapi tentu tidak mampu memandu kapal terbang. Ini bukan bererti hendak merendah-rendahkan kanak-kanak itu dan mengagung-agungkan juruterbang itu. Tetapi seseorang yang telah mencapai maqam tertentu boleh berfungsi dalam maqam-maqam dibawahnya dan memahami maqam-maqam itu. Seperti juga seorang juruterbang yang boleh menunggang basikal diwaktu kanak-kanak boleh untuk terus menunggang basikal pada waktu dewasanya.

Penipuan diri sendiri yang dimaksudkan dalam maqam ini adalah keadaan (hal) maqam ini. Tetapi hal adalah ragam (mode) iaitu penipuan diri sendiri ini menzahirkan bentuknya. Perlu diingat, bukan setiap orang dalam maqam ini dan lain-lain maqam akan mengalami semua fenomena yang mungkin berlaku dalam sesuatu maqam itu.

Kejadian fizikal yang berlaku dalam “maqam as-sirr” ini ialah demam, perasaan susah bernafas dan kadang-kadang rasa lemas. Ini terjadi kerana untuk sampai keperingkat ini memerlukan bertahun-tahun lamanya menjalankan amalan bernafas. Ketidak seimbangan boleh terjadi jika amalan ini dibuat secara tidak betul atau terlalu banyak. Tambahan pula bukanlah perkara yang luar biasa di peringkat ini seseorang itu diganggu oleh kejadian-kejadian alam ghaib. Gangguan jin adalah satu contoh. Jin boleh mengganggu manusia di mana-mana pereingkat, bahkan bayi yang baru lahir sekalipun. Dalam keadaan demikian, pelbagai jenis amalan rohaniah yang melibatkan pernafasan digunakan sebagai penawarnya.

Sumber penting amalan bernafas ini ialah Al-Qur’an. Pelbagai permulaan dan perhentian nafas terdapat dalam Al-Qur’an dan pembacaannya pun berperingkat hingga ke sebelas peringkat. Vokal (huruf saksi) atau denyutan yang biasa dalam pembacaan. Miskipun hanya beberapa orang yang pada amalinya boleh membaca diperingkat yang tinggi . kita boleh mendengar pembacaan sampai dua minit dengan satu nafas dan gerak melalui 4 atau 5 deretan oktaf iaitu enam nada bunyi.

MAQAM AL-QURB

Di atas maqam as-sirr ialah maqam “al-qurb”. Erti ‘qurb’ ialah “kehampiran” dan juga membawa pengertian datang hamper, menuju, kejiranan, persaudaraan dan pertalian. Orang dimaqam ini sesungguhnya menikmati kehampiran dengan ALLAH yang Maha Tinggi. Di situlah langit yang paling tinggi, mengandungi ‘Arasy atau siggahsana ALLAH S.W.T Orang yang menduduki maqam ini mempunyai pandangan yang tinggi dan nampak sekalian alam makhluk dan juga memandang kea lam akhirat dan alam tempat bentuk-bentuk makhluk yang lain tinggal.

Di peringkat ini sangat sedikit ketidakseimbangan atau kesusahan dari segi kesihatan dan dari segi penyakit. Namun ketidakseimbangan yang sedikit itu mungkin jadi amat teruk. Satu dari hal dalam maqam ini ialah dzauk yang melampau. Orang yang dikuasai oleh hal ini digelar majdhub. Orang seperti ini hamper semua minat atau perhubungan dengan dunia ini. Mereka dalam keadaan gembira sepanjang masa ( gembira yang tidak dapat ditafsirkan oleh orang biasa ). Mereka tidak perduli sama ada mereka tidur,makan atau berpakaian. Mereka mabuk dengan ALLAH dan terserap dalam Yang Dikasihi (iaitu ALLAH).

Bergitu ganjil keadaan mereka yang berada di maqam berhampiran itu. Mereka melihat realiti dari peringkat yang lain dan jauh berbeza dari orang biasa. Keadaan ini sangat mengasyikkan dan sangat indah dalam cara dan tingkatnya sendiri tetapi ia bukan tujuan atau matlamatnya. Sebenarnya tidak perlu berada terus selama-lamanya diperingkat itu.

Ada orang dalam maqam ini tidak bercakap lebih 20 tahun lamanya. Mereka tenggelam dalam keadaan atau hal itu hingga tidak ada selera bendak berkata-kata taupun tidak mampu berhubung dengan orang lain. Lain-lain ketidakseimbangan dalam maqam ini ialah mereka dikuasai oleh perasaan lupa dan kadang-kadang seperti orang gila atau kurang siuman. Ia lupa apa yang dikatakannya sebentar tadi. Sebahagian daripada amalan peringkat ini ialah tafakur nafas dan mental. Hal seperti ini mungkin melampau dan keterlaluan hingga dia hilang ingatan lansung. Walau bagaimana pun jarang-jarang berlaku.

Banyak persamaan diperhatikan antara orang dalam peringkat kerohanian ini dengan orang yang berpenyakit mental. Orang mungkin menganggap mereka gila belaka. Kita perlu ambil kira tentang ketidakseimbangan roh jika hendak menganalisa keadaan mereka itu.

Satu persoalan yang belum disebut lagi tetapi terjadi dalam semua maqa ( lebih bahaya diperingkat maqam kehampiran ) ialah MENTUHANKAN DIRI SENDIRI, mengatakan diri sendiri ialah ALLAH. Naq’uzu-biLlah. Satu lagi ketidak seimbangan yang terjadi di dalam maqam ini ialah TIDAK PERCAYA KEPADA ALLAH.

Semakin tinggi dan semakin jauh seseorang itu naik dalam evolusi rohaniah ini, maka makin banyak ujian dan cubaan. Orang di peringkat ini telah lama memendamkan kehendak-kehendak nafsu badaniah dan mereka berjaya membimbing orang lain kejalan yang benar dan betul, dan oleh itu tentu sekali hebat diganggu syaitan, jin dan iblis.

Ada orang mengaku bahawa dia bercakap-cakap dengan ALLAH dan menerima bimbingan secara lansung daripada ALLAH. Sepatutnyalah kita sedar ALLAH berhubung dengan insan melalui malaikat Jibril, kecuali nabi Musa a.s. banyak amaran oleh mereka-mereka yang arif dan terdahulu merempuhi batasan ini tentang bahaya menganggap diri sendiri telah cukup kuat menentang tipu daya iblis dan syaitan atau manusia yang berwatak iblis. Syeikh Junaid r.a pernah berkata, “Orang yang mengambil dirinya sebagai guru adalah mengambil syaitan sebagai gurunya.”


MAQAM AL-WISAL

Ada satu maqam lagi iaitu yang terakhir ialah maqam “al-wisal” iaitu bersatu dengan ALLAH. Disini ALLAH dengannya ibarat yang mengasihi dan yang dikasihi. Bersatu dan berpadu dalam satu wujud sepanjang masa. Maqam ini tidak mampu dicapai dengan usaha dan amalan apa sekalipun. Ianya hanyalah hadiah dari ALLAH semata2. aLLAH yang menentukan dan memilih siapa yang dikehendaki-Nya, untuk mencapai maqam ini. Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a bahawa Nabi pernah bersabda:

“Di kalangan hamba-hamba Allah, ada 300 orang yang mempunyai pertalian dan perkaitan yang khusus dengan Allah dan hati mereka serupa dengan hati Nabi Adam a.s. 7 orang dengan hati yang serupa dengan hati Nabi Ibrahim a.s. 5 orang dengan hati yang serupa dengan hati malaikat Jibril a.s. 3 orang dengan hati yang serupa dengan malaikat Mikail. Seorang dengan hati yang serupa dengan hati malaikat Israfil. Apabila yang seorang itu meninggal dunia, seorang daripada yang lima itu akan menggantikan tempatnya. Apabila seorang dari yang 5 itu itu mati, seorang dari yangpada yang 7 orang itu akan menggantikan tempatnya. Apabila seorang daripada yang 7 itu meninggal dunia, seorang daripada yang 40 orang itu mengantikan tempatnya. Apabila seorang daripada yang 40 orang itu meninggal dunia, seorang daripada yang 300 orang itu akan mengambil tempatnya. Apabila seorang daripada yang 300 orang itu meniggal dunia, seorang daripada manusia umumnya menggantikan tempatnya. Oleh itu, demi mereka, ALLAH Taala mentadbir hidup, mati, turun hujan, menjadikan dan menghindarkan manusia dari malapetaka”

Tiga ratus orang itu tersenyum sepanjang masa dan tidak ada kaitan dengan hal-hal keduniaan. Mereka tidak perlu makan, minum tau tidur. Mereka telah melampaui batas-batas manusia biasa dan mereka boleh mengembara kemana sahaja di muka bumi dan di langit. Dalam sejarah manusia di muka bumi ini hanya beberapa orang sahaja yang telah sampai ketaraf atau tingkat ini. Sukar hendak diperihalkan dengan perkataan. Itulah matlamat ujud ini. Ini menyentuh janji yang kita buat dengan ALLAH sebelum kita dilahirkan kedunia nyata ini.

Orang-orang yang digelar Wali yang bererti “rakan ALLAH yang dikasihi-Nya”. Merekalah yang sebenarnya Khalifah ALLAH di muka bumi ini. Biasanya mereka tidak dikenal umum. Mereka ini diberi pengetahuan tentang hakikat kejadian alam semesta raya dan hal ehwal kemanusiaan. Merekalah yang ALLAH gunakan untuk menzahirkan “Perencanaan Ketuhanan” di muka bumi ini. Alat yang mereka gunakan ialah ma’rifatullah (mengenal dan mengetahui ALLAH).

Hanya sesiapa yang tergolong dalam bilangan 300 orang tersebut sahaja yang boleh dianggap sebagai ahli sufi yang tulen. Bagi yang lainnya itu barulah diperingkat peminat Kesufian sahaja.

Apabila sampai ke maqam ini tiadak ada lagi sakit fizikal (badan). Hanya satu kejadian fizikal sahaja yang tinggal iaitu cara meninggal dunia. Biasanya orang di peringkat ini bukan meninggal dunia kerana penyakit. Mereka diberitahu masa yang tepat untuk meninggalkan dunia ini dan dengan itu bolehlah membuat persediaan menghadapi maut. Sunggup pun dia mengetahui masa untuk meninggal dunia tetapi beliau tetap membuat kerja-kerja harian seperti biasa sahaja dengan penuh kesedaran hinggalah tiba waktunya dia menggadap yang Maha Pencipta.

Bagi orang seperti ini, saat-saat meninggal dunia itu adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu dan dirindui, bahkan seperti hari keraian kerana mereka telah melepaskan hubungan dengan dunia ini melalui dzauk dan perasaan mereka. Mereka telah mengembara kealam kerohanian dengan roh mereka. Badan di bumi tetapi roh mereka menjelajah kea lam-alam lain. Tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu dan menentang mereka. Orang seperti ini bebas daripada kesulitan dan permasalahan duniawi.

Kesimpulannya ialah. Ketaatan dan kehendak ALLAH jualah roh itu maju dari maqam permulaan (maqam an-nafs) hingga kemaqam akhir (maqam al-wisal). Cara untuk melangkah dari tingkatan rendah ke tingkatan tinggi itu ialah dengan melawan dan mengawal hawa nafsu. Dalam usaha ini ada amalan tertentu yang diaturkan oleh ALLAH S.W.T untuk menghasilkan kesan yang paling tepat , cepat dan cemerlang.

Banyak halangan dan rintangan dalam usaha kita hendak berjalan dalam perjalanan ini. Ego atau diri kita itulah ujian yang paling besar. Diri itulah percubaan yang paling besar. Mungkin kita bangun daripada tidur dengan keazaman hendak menumpukan hati (konsenterasi) kepada fikiran-fikiran yang paling suci, paling diberkati dan paling tinggi. Tetapi apa yang berlaku ialah kita mendapat panggilan telifon dari tempat kerja yang mengatakan kita telah hidalang pekerjaan, atau salah seorang pekerja di perusahan kita memberitahu yang kita telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dan sebagainya. Kita pun hilang konsenterasi. Hanya pada malamnya kita kembali teringat pada keazaman kita tadi paginya.

Oleh yang demikian, kita mistilah selalu mengingati semula dan mengatakan niat kita itu. Pada mulanya memang sukar tetapi lama-kelamaan, lebih mudah dari yang kita bayangkan. Dan ianya menjadi kebiasaan kepada kita, kebiasaan yang paling positif. Akhirnya kita tidak akan mudah terlalai lagi dari keazaman untuk satu penhijrahan yang terbaik itu.

Seseorang itu tidak boleh melakukan amalan-amalan kerohanian ini bersendirian atau menurut logik akal fikiran sendiri sahaja. Bahayanya banyak. Inilah sebabnya kenapa memerlukan guru yang hidup untuk membimbing sepanjang masa.

Perihal maqam-maqam roh yang di tulis di sini hanyalah ringkasan sahaja. Sebenarnya hasil yang berkesan hanyalah dating dari ilmu,amal yang istiqomah dan mujahadah yang bertahun-tahun lamanya. Oleh itu mereka yang sampai ke terakhir - iaitu bersatu dengan ALLAH – adalah orang-orang pilihan ALLAH. Merekalah Wali ALLAH. Pada pandangan ALLAH mereka adalah kekasih, tetapi tidaklah melebihi para-para nabi itu. Dan mereka sendiri tidap pernah mengaku menjadi nabi atau setaraf dengannya. Mereka berdiri sebagai taulan bagi mereka yang berjalan menuju ALLAH dan sumber inspirasi bagi mereka yang ingin mendaki kepuncak kerohanian insan.

Bagi mereka yang ingin mencapai tujuan tersebut patuhilan seikhlas-ikhlasnya nasihat dan pimpinan kasih sayang dari Yang Maha Agung. Maha Terpuji, Maha Besar, Maha Mulia, Tuhan bagi malaikat dan roh, Maha Tinggi Kemuliaannya iaitu ALLAH S.W.T/ Al-hamdu Lillahi Tabbil ‘Alamin.

“Akhir kata saya bertaubat kepada Allah Yang Maha Pengampun jika terdapat kesalahan dan kesilapan dari salinan dan olahan saya, sehingga menyebabkan salah tafsiran bagi pembaca sekelian.” Oleh:wirajiwa

wiragila
Comments: Post a Comment





Kebesaran Kalimah LAILAHHAILLALLAH

Friday, April 11, 2008 ' 3:38 AM l







Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.

Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam.

Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan".

bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".

Berkata burung-burung itu, "Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini".

Berkata malaikat itu, "Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".

Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
UCAPKANLAH LAILLAHAILLAH

wiragila
Comments: Post a Comment





Sufiah Yusof Sebuah Kisah Hidup

' 2:59 AM l
Sedih membaca kisah Sufiah Yusof. 10 tahun lepas kita rasa bangga bila seorang kanak-kanak Muslim yang ibunya dari Johor berjaya membuktikan dirinya seorang genius dengan layak memasuki Oxford di usia 13 tahun.

Hari ini kita membaca kisah yang sangat menyedihkan yang dialami olehnya.
Apa yang berlaku memberikan bebarapa gambaran buat kami:

1. Manusia tidak boleh semata-mata disumbat dengan pembangunan akal, tanpa jiwa dan rohaninya terisi dengan iman dan emosi yang seimbang. Lihat, betapa pentingnya keseimbangan dalam mendidik anak-anak.

2. Manusia juga tidak boleh didik dengan keras dan memaksa. Potensi jiwa manusia yang memberontak dan meletup bila sekatan itu melampau dan tidak diisi dengan kawalan iman.

3. Kecemerlangan akademik bukanlah segala-galanya bagi mencapai kebahagiaan di dunia (apa tah lagi untuk kejayaan di akhirat)

4. Genius itu kurniaan Allah. ia juga amanah buat ibu bapa dan diri sendiri. Salurkan kelebihan yang Allah berikan itu pada jalan yang betul. Jadikan tokoh-tokoh genius yang hebat dalam sejarah Islam seperti Imam Syafie, Imam Bukhari dan sebagainya sebagai role model untuk memberikan sumbangan kepada umat di zaman ini.

Berikut adalah berita yang saya petik dari Metro:

LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.
Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.

Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.

Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).

Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya kaya-raya ketika ini.

Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos rendahnya.
“Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam pertama?” tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan telanjang bulat.
Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.

Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.
Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.

Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.
“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.

Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.
Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.

Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.

Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.

Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.
Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.

Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.
Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”

Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.

Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).

Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.
Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.

Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.
Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.
Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.

Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.

Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.

Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.

Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.

Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.

Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.

Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.

Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”
Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.

Seorang rakannya berkata :
“Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.
“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.

disalin oleh: wirajiwa

wiragila
Comments: Post a Comment





Kejamnya manusia kononnya kerana CINTA

Monday, April 7, 2008 ' 12:09 AM l

video

Manusia akan menjadi lebih kejam dari binatang apabila HATI tiada IMAN.

Walau apapun kesalahannya, kita tidak layak untuk bertindak SEKEJAM ini.!!!

"Tanggunglah segala DOSA-DOSA orang yang terinaya itu. dan pikullah oleh kamu aper yang akan dibebankan keatasnya"


wiragila
Comments:
kejammmm!!!!!
memang kejam.dayusss!!!
lelaki pukul lelaki macam tu pn dh kire teruk..tapi pukul pempuan macam tu..
tang pun baru tgk v.klip ni..isk.. sdihnyer.
 
astaghfirullahalazim...
ini bukan kejam...SANGAT KEJAM!!!
rasenye mati kot pompuan tuh...
ape la salahnya pompuan tu sampai diperlakukan sampai camtu skali
 
saya dah tengok video ni 2 minggu lepas. ia kejadian berlaku di bangkok, thailand. perempuan tersebut mati setelah dipukul oleh orang ramai. Sebelum itu perempuan tersebut telah merampas dompet sorang wanita yg sedang membeli barang bersama anaknya. Di dalam keadaan kelam kabut itu perempuan tersebut telah menolak wanita itu dan anaknya yg dikatakan berusia 8 bulan didalam dokongan beliau telah tercampak ke dalam parit yg besar dan menemui ajalnya. Ini cerita yg sebenarnya saya baca. Jadi di sini siapa yg lebih kejam?
 
wah, banyaknya versi cerita ni. ada yang kata dari indonesia, ada pulak yang kata dari thailand. so it means ni tiada kena mengenalah dengan cerita banduan yang bunuh awek dia kes awek dia balik semula pada ex-boyfriend dia tu yer?
Pada aku pulak, bunuh itu satu hal, cara membunuh itu pula satu perkara lain. Sedangkan sembelih ayam pun kena gunakan pisau yang tajam...
 
COMMENT!!!!!NO!! AKU SENIRI TGH CONFUSE NGAN IDUP AKU...KAWAN2 ADER YG TAK SEDAR KEWUJUDAN AKU....WUJUD LAGI KER MAN SNOOKER NI????? IDUP LAGI KER DIER....AMIN....ALHAMDULILLAH
 
Bagi aku yang cetek pengetahuan agama ini dan yang sering juga melakukan tindakan2 yang dikira melampaui sempadan kebaikan. Apa juga kesalahannya, ianya patutlah dihukum... BUKANLAH DIZALIMI. Jika tidak, tidak ada bezanyalah antara yang membuat salah itu dengan yang menghukum.
 
Post a Comment





wirajiwa's life

Sunday, April 6, 2008 ' 6:16 PM l

Herkk... mengetes... Kira bulehh laa nih.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Discount Magazine Subscriptions - Save big!




wiragila
Comments: Post a Comment





Kisah RASULLULLAH didatangi iblis LAKNAT

Friday, April 4, 2008 ' 5:02 PM l
Ringkasan kisah ini telah disesuaikan kembali daripada penyusun asalnya Syaikh Muhammad bin Haji Mohd Said, Guru Madrasah Al-Sibyan, Singapura dan penerbit asalnya Hashim bin Haji Abdullah yang dicetak oleh Al-Ahmadiah Press (Pte) Ltd., Singapura.

Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa raja iblis dan menyuruh raja iblis mengadap kehadhirat Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. bagi membuka segala jenis rahsia kegemaran dan kebencian raja iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian darjat Baginda Rasulullah S.A.W. serta menjadi perisai dan peringatan kepada sekelian umat Baginda. Malaikat menyatakan Titah Allah SWT kepada raja iblis :

Hai iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah menitahkan engkau supaya mengadap kehadhirat Rasulullah S.A.W. dan hendaklah engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad S.A.W. hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan uratmu serta engkau akan disiksa dengan azab yang amat keras

Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, iblis terasa dahsyat dan amat gerun sekali. Dengan segera iblis datang mengadap Baginda Rasulullah S.A.W. dengan menyamar menjadi seorang tua yang buta sebelah matanya serta berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. iblis memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada dijawab oleh Baginda Rasulullah S.A.W.. iblis pun bertanya :-

Yaa Rasulullah, mengapakah Tuan Hamba tidak menjawab akan salam hamba kerana bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah SWT?

Maka sabda Baginda S.A.W. :-

Hai aduwullah musuh Tuhan! Kepada akukah engkau menunjukkan helahmu? Patutkah engkau dengan urusanmu itu hendak menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Allah Adam A.S. sehingga terkeluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau serta Nabi Allah Ayub A.S. engkau tipu asap racun semasa baginda sujud di dalam solatnya hingga begitu lama baginda menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan Nabi Allah Daud A.S. dengan perempuan pahlawan Urya serta Nabi Allah Sulaiman A.S. meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya untuk melarikan cincin baginda; demikian juga beberapa Anbiya A.S.W.S serta para ulama yang telah menanggung kesengsaraan dan penganiayaan oleh perbuatan mu yang khianat. Hai iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan Azza Wajalla. Hanya salam engkau sahaja aku tidak ingin menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini terlaknat serta telah ditentukan kepada engkau kedalam neraka yang amat keras bagi menyiksa dirimu. Maka aku kenal sangat bahawa engkaulah iblis yang menjadi raja segala syaitan telah datang dalam bentuk penyamaran. Apakah tujuan engkau datang mengadapku ini?

Maka sembah iblis :

Ya Nabi Allah, janganlah Tuan Hamba murka. Demi sesungguhnya, Tuan Hambalah Nabi yang terakhir lagi mulia dan kekasih Allah S.W.T. maka dapatlah Tuan Hamba mengenali hamba. Ya Nabi Allah, tujuan kedatangan hamba ke mari ialah dengan keizinan Tuhan Azza Wajalla. Allah SWT telah mengutuskan malaikatNya dengan Titah supaya hamba datang mengadap ke hadhirat Tuan Hamba. Ini supaya Tuan Hamba dapat bertanyakan apa juga persoalan mengenai keadaan umat Tuan Hamba. Hamba sedia menkhabarkan secara terus-terang mengenai tipu daya hamba di atas sekelian manusia bermula daripada zaman Nabi Allah Adam A.S. sehinggalah kepada zaman yang akan datang selepas zaman Tuan Hamba. Mereka yang hamba goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya mereka binasa dengan tipu daya hamba yang amat halus.

Ya Nabi Allah, setiap pertanyaan Tuan Hamba akan hamba jawab satu persatu dengan sebenar-benarnya tanpa sembunyi.

Maka raja iblis pun bersumpah dengan nama Tuhan dan berkata :

Ya Nabi Allah, sekiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun, nescaya hancur-leburlah diri hamba terbakar menjadi abu

Mendengarkan pengakuan Raja iblis dan sumpahnya, maka Rasulullah S.A.W. berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan raja iblis dengan disaksikan oleh sekelian sahabat yang hadir di majlis berkenaan. Ianya juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekelian umat hingga kemudian hari.

DIALOG

RASULULLAH S.A.W : Wahai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?

raja iblis : Ya Nabi Allah, Tuan Hambalah musuh hamba yang paling besar daripada segala seteru hamba di muka bumi ini.

Maka Rasulullah S.A.W. merenung wajah raja iblis menyebabkan iblis menggeletar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun akan kebesaran Baginda.

raja iblis : Ya Nabi Allah, hamba mampu menyamar sebagai sesiapa juga termasuk haiwan bersekali dengan suara-suara yang tepat. Hamba ditegah Tuhan Azza Wajalla untuk menyamar sebagai Tuan Hamba kerana jika hamba melakukan yang demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu .

raja iblis : Hamba bersungguh-sungguh merentap iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir ialah kerana Tuan Hamba bersungguh-sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan hamba menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Hamba tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Hamba berharap mereka akan mauk ke neraka bersama-sama dengan hamba serta kekal di dalamnya buat selama-lamanya

RASULULLAH S.A.W: Hai iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?

raja iblis : Ya Nabi Allah, hamba goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan makan-minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya hamba lalaikan dengan harta-bendanya daripada emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang hamba perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka hamba akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka. Lalu hamba hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga melakukan perzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat, hamba akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan. Hamba juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka telah ramai umat Tuan Hamba telah hamba sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana hamba menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takabbur, ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka semasa siang, malam, pagi dan petang.

RASULULLAH S.A.W: Hai iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?

RASULULLAH S.A.W: Hai laknatuLlah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan usia engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?

raja iblis : Adalah sekeliannya itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan hamba melakukan sebesar-besar kejahatan. Tuan Hamba juga sedia maklum bahawa hamba pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan hamba telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Hamba pun mendiami tempat hamba dengan beribadat bersama-sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.

Tiba-tiba datang Firman Allah SWT kepada hamba sekeliannya mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka hamba membantah kerana tidak suka berkhalifah. Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan hamba dan sekelian Malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali hamba seorang enggan bersujud dan hamba telah mengingkari hukumNya. Maka hamba dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya hamba sehingga Hari Qiamat. Wajah hamba yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Hamba sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad-dengki hamba menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya hamba telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami-isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun hamba masih tidak berpuas hati sehingga hamba dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekelian anak-cucunya hinggalah ke Hari Qiamat. Tetapi Tuan Hamba telah menghalang pekerjaan hamba dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum Tuan Hamba diputerakan ke dalam dunia ini, hamba bersama-sama bala tentera hamba mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab-kitab bidaah dan karut. Tetapi apabila Tuan Hamba zahir ke alam dunia ini, maka hamba tidak dizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan hamba tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umat Tuan Hamba. Ramai malaikat yang menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika hamba berdegil untuk naik ke langit, nescaya malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala-nyala. Telah ramai bala tentera hamba daripada golongan jin, iblis dan syaitan terkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Hamba dan bala tentera hamba amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula Tuan Hamba dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang amat hebat di hadapan sekelian raja-raja dan di khalayak ramai.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?"

raja iblis : Pertama, hamba palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?"

raja iblis : "Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba, maka pada waktu itu, hamba menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya - yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering bekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan hamba hukum seberat-beratnya.

RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca Al-Qur an kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Jika mereka membaca Al-Qur an kerana Allah, maka terbakarlah tubuh hamba serta putus-putus segala urat hamba, maka larilah hamba dari mereka.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Telah binasalah diri hamba dan gugurlah tulang hamba kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang engkau rasa?"

raja iblis : "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umat Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya hamba sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba, baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh mengganggu mereka. Dan umat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?
raja iblis : "Ya Nabi Allah, Adalah sekelian para sahabat Tuan Hamba adalah sebesar-besar seteru kepada hamba, kerana tiada upaya hamba melawan mereka dan tidak ada satu pun tipudaya hamba dapat memasuki mereka, kerana Tuan Hamba pernah berkata Sekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya Nabi Allah, sekelian para sahabat Tuan Hamba sangat taat mengerjakan perintah Tuan Hamba lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan menghebahkan syariat Tuan Hamba kepada sekelian manusia menerusi Al-Qur an dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah R.A. itu semasa sebelum beliau bersama Tuan Hamba pun, hamba gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingi Tuan Hamba. Beliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran Tuan Hamba sehingga beliau telah menjadi wazirul a zam dan Tuan Hamba telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertua Tuan Hamba dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina Aishah R.A yang sangat hafiz Hadis-Hadis Tuan Hamba. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Umar Al-Khattab R.A., hamba tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariat Tuan Hamba. Jika hamba terpandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi Tuan Hamba pernah bersabda, Jikalaulah ada lagi Nabi selepas aku, nescaya Umar boleh menggantikannya kerana harapan besar Tuan Hamba ke atasnya. Beliau juga mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk . Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih-lebih lagi tidak dapat hamba hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Qur an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu Tuan Hamba sebanyak 2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Tuan Hamba telah berkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim pada kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A., hamba sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan dan jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta beliau adalah julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali KarimahullahuWajhah dan Harimau Allah . Tuan Hamba pernah bersabda, Akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya . Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu tuan hamba, maka terlebihlah ngeri hamba kepadanya.

RASULULLAH S.A.W: "Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?
raja iblis : "Adalah umat Tuan Hamba ada tiga golongan (1) Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya dan kata (Malaikat) Jibril A.S., Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat (2) Umat Tuan Hamba itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan (3) Umat Tuan Hamba itu keadannya seperti Fir aun yang terlampau tamak dengan harta dunia (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitalah hamba kepada mereka (umat ke 3) lalu hamba masuk ke dalam tubuh mereka, hamba putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas jalan kejahatan, hamba tarik ke mana (sahaja) sesuka hati hamba, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, hamba goda mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (hamba) lupakan mereka dari beramal, tidak mahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan perebutan dunia, bercakap besar kepada sesama Islam dan benci dan menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian.

RASULULLAH S.A.W: "Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?
raja iblis : "Orang-orang yang meringankan syari at Tuan Hamba dan membenci orang-orang yang mempelajari Islam.

RASULULLAH S.A.W: "Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?
raja iblis : "Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji.

RASULULLAH S.A.W: "Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?
raja iblis : "Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada syaitan, nescaya hamba lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari.

(Inilah doanya sebelum sampai ke tandas - Bismillahi AllaHomma Innii a uu dzubikaminal khubusi wal khobaa is jika masuk ke tandas, dahulukanlah kaki kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan dan apabila jauh empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati GhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii dan apabila selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbii minnifaaqi wahaSSin farjii minal fawaa hi shi )

Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah hamba daripadanya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?
raja iblis : "Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika dia membaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaa minassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah hamba daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) hambalah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca BismillaahirRahmaaniRahiim maka, hambalah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang.

RASULULLAH S.A.W: "Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?
raja iblis : "Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aq waa a laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka ghaafirudzzanbil aziim

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?
raja iblis : "Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari, maka hamba akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga, (menjadi) tempat hamba bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabutnya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah saudaramu?
raja iblis : "Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, hamba (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.

(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?
raja iblis : "Orang yang banyak menyebut nama Allah dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat di waktu malam.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?
raja iblis : "Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah

(lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah lagi yang memecahkan penglihatan engkau?
raja iblis : "Orang yang taat kepada (kedua) ibubapanya serta membantu (menjaga) makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah bersabda Bermula syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibubapa

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?
raja iblis : "Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?
raja iblis : "Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam (Assalaamu alaikum waroh matulLaaHiwabaa rakaatuh) dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan- dia dan saudaranya - apabila berpisah keduanya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?
raja iblis : "Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?
raja iblis : "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan), hamba hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta hamba panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak terpeliharalah imannya.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Di manakah kediamanmu?
raja iblis : "(hamba tinggal) Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan) Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat Tuan Hamba telah hamba pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?
raja iblis : "Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?
raja iblis : "Hamba hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ.

RASULULLAH S.A.W: "Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai
raja iblis : "Adapun orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali, (maka) mudahlah untuk hamba merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila hamba menggoda dan cuba merosakkan solatnya, hamba takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu

(Sabda Rasulullah S.A.W. Na umul aliimi khairun min ibaadatil jahiil yang bermaksud Tidur orang yang alim lebih baik daripada ibadat orang yang jahil seperti 1000 orang beribadat dengan tidak berilmu agama, sangat senanglah syaitan mengganggunya, teapi seorang pelajar ilmu feqah itu, sangat susah bagi syaitan hendak menggodanya)

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?
raja iblis : "Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantu, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta berselawat di atas Nabi

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?
raja iblis : "Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?
raja iblis : "Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?
raja iblis : "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama dengan hamba.

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?
raja iblis : "Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?
raja iblis : "Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba.

(Sabda Rasullullah S.A.W. - yang bermaksud Barangsiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama , maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama dan seribu syuhada , Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama dan seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezki), (2) Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan (3) dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindung dengan nama Allah SWT )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmu?
raja iblis : "Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya hamba telah mereka leraikan

(Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah S.W.T., (3) Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqiim) di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat - serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak (anak) dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berselawat ke atas ku, bagaimanakah keadaanmu?
raja iblis : "Mereka telah membelah muka hamba disebabkan ingatan kuat terhadap Tuan Hamba

(Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman - Hai sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan wanita/perempuan, Maka apabila telah selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan!
raja iblis : "Ya Rasulullah! Apabila umat Tuan Hamba pergi (untuk) bersolat Hari Raya, maka hamba sangat berdukacita dan kesal. Maka hamba pun menjerit sehingga datang sekelian bala tentera hamba dan (mereka) bertanya Hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka hamba menjawab Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuh rahmat serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana dan kemari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tentera iblis syaitan untuk mengganggu umat Muhammad

RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?
raja iblis : "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah hamba lalu hamba menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai, celaka betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling (dan) pergi

(Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltu min amalin fii HaaziHissanati mimmaa nahaitanii anHu, walam tar Dhahu walam tan sahu, wahamilta alaiyya ba da qud rotika alaa, uquubatii, wada autanii ilattaubati ba da jur aatii alaa ma Siatika, fainnii astaghfiruka faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa datanii alaihitsawwaab )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?
raja iblis : "Ya NabiyUllah! Putuslah harapan hamba, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini .

(Doa Awal Tahun AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun, as aluka fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haa dzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribunii ilaika yaa Kariim )

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?
raja iblis : "Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa berkenaan. Ya NabiyyUllaah! Telah hamba binasakan ramai manusia dengan (menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis) maksiat, maka hamba gembria. Tiba-tiba, mereka mengucapkan kalimah-kalimah Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia (dulu), hamba mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau iblis syaitan, kerana para Malaikat akan hadir bersolat bersama-sama dengan mereka .

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada iman, daripada gelap gelita kepada terang benderang?!
Maka iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhirat Tuhan dan berkata Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, hamba jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya hamba dapat mencelah di dalamnya.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT :

Hai mala un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaKu

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?
raja iblis : "Ya Rasulullah! Bahawasanya hamba sangat ajaib (hairan) melihat dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan Tuhan, walhal mereka itu taatkan hamba dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu sangat marah kepada hamba, tetapi mereka menurut hasutan hamba.

(Maka) Datanglah Firman Allah SWT:

Hai mala un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan : (1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu

Maka iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambanya dengan limpah rahmatNya.


Setelah selesai baginda Rasulullah S.A.W. berdialog dengan raja Iblis, maka baginda menghalau iblis dengan sabdanya : Wahai laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini maka iblis pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

Maka hairanlah para sahabat yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya iblis yang menyelubungi seluruh umat manusia.

Sabda Nabi S.A.W.: Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis telah membuat kesalahan atas beberapa sebab :
(1) ia engkar dan membantah perintah Tuhan,
(2) ia takbur dan besar diri
(3) ia berhasad dengki dengan Nabi Adam a.s.
(4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia) (dari) seorang kepada seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudayanya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam a.s.

Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Nabi Musa bin Imran a.s. dan berkata : Yaa NabiyuLLaah! Apabila Tuan Hamba bermunajat kepada Allah S.W.T di Bukit Tursina, hamba hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) hamba diterimanya?

Maka sukacitalah Nabi Musa a.s. mendengarkan iblis yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur Nabi Adam Maka Nabi Musa a.s. pun menyampaikan firman Allah S.W.T. kepada iblis. iblis mengeluh dan berkata Wahai Nabi Musa! Semasa Adam masih hidup pun hamba tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati Maka iblis pun beredar.

Sabda Nabi : Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara :
(1) Dengan ilmu para ulama,
(2) Dengan adilnya sekelian raja-raja,
(2) Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya,
(4) Dengan doa sekelian fakir miskin.

Maka sekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.


KISAH NABI IDRIS A.S. MENIKAM MATA iblis (KEMBALI KE ATAS)

Pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki memegang sebiji telur di tangannya. Katanya Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?

Maka Nabi Idris a.s. memandang lelaki berkenaan dan baginda terus mengecam lelaki berkenaan sebagai iblis laknatullah.

Nabi Idris A.S. bersabda: Marilah ke sini dekat denganku, tanyalah apa yang engkau kehendaki. Maka raja iblis itu pun mendekati baginda sambil mengulangi pertanyaannya : Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?

Sahut Nabi Allah Idris A.S. : Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur sebesar ini, bahkan ke dalam jarumku yang sekecil inipun, Tuhanku Maha Berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya Lalu dengan pantas Nabi Allah Idris A.S. pun menikam mata raja iblis dengan jarum. iblis pun terperanjat dan kesakitan lalu melarikan diri setelah menerima tandatangan Nabi Allah Idris A.S. yang telah menyebabkan ia buta sebelah matanya sehinggalah zaman kebangkitan Junjungan kita dan kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.


disalin oleh: wirajiwa

wiragila
Comments: Post a Comment





Sex Tu Apa?

Thursday, April 3, 2008 ' 9:04 PM l
Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. ‘Mummy, mummy? sex tu apa Mi?’..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.
Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak… Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. "Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni…" seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:………...
SEX:…………....
Class:………......
Subject:………..

moral: Jgn cepat menyampuk

disalin oleh :wirajiwa

wiragila
Comments:
Ok Ok Ok..memang betul tu. Jangan cepat sangat menyampuk.hehe. Penat mak dia bagi penerangan kan..Terima kasih untuk ingatan ini.
 
Post a Comment





Kantoi La Pulak

' 8:54 PM l
Tahun 1441-
Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf…panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)

disalin oleh :wirajiwa

wiragila
Comments: Post a Comment





AweK's

' 7:45 PM l
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang… Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan “I wear sexy and I feel good” ataupun “I have the right to wear anything I want”… Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..

disalin oleh : wirajiwa

wiragila
Comments: Post a Comment





Budok HilanG

' 7:27 PM l

Korang nak tau.. ptg tadi aku ngan ngoh gi pasar malam kat Kepadang. Tetiber gempar satu pasar malam tur... ada sorang makcik tur menjerit. Katanya anak dia ilang.... semer orang pakat tolong carikan dan termasuklah aku sekali.

Tiba2 ada sorang banglades menjerit..."suda jumpaa, suda jumpaa!!!"
Semer org tengok termasuklah aku... hah nih laa babynyer.

Huarr hahaha.

Moral: Sayangi anak anda WALAU SEBURUK ATAU SEBUDUH MANA IA.

wiragila
Comments: Post a Comment





Anjing,Lembu ngan Awek CUN

Wednesday, April 2, 2008 ' 6:07 PM l

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap 99 petala langit lagi. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU" hehehe.

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

wiragila
Comments: Post a Comment





Kata AKU, Nasihat Malaikat, Hasutan SYAITAN (yang direjam)

' 5:51 PM l


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah agama tersebut.
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha MelihatSyaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang...

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...




disalin oleh :wirajiwa

wiragila
Comments: Post a Comment





Saidina Ali r.a dan Peminta sedekah

' 5:45 PM l

Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya.Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu.Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR
Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan. Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi. Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

disalin oleh:wirajiwa

wiragila
Comments: Post a Comment





Nilai Tudung Wanita

' 5:38 PM l

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
disalin balik oleh: wirajiwa

wiragila
Comments: Post a Comment





Imam Bukhari dan kitab karangannya “Al Djami’us Shahih” Secara Ringkas

' 5:31 PM l



Siapakah Bukhari itu? Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il, dilahirkan di negeri Bukhara hari Jum’at 13 Syawal 194 H, dan meninggal dunia pada malam ‘Idilfithri th. 256 H, dalam usia 62 tahun kurang 13 hari.Sebelum berusia 10 tahun dia telah pernah menghafaz hadis dan belajar kepada beberapa orang guru dalam ‘ilmu fiqhi dan hadis’.

Untuk melanjutkan pengetahuannya, ia mengunjungi beberapa negeri yang terkenal menjadi gedung pengetahuan dimasa itu seperti Syam, Mesair, Basra, Kufah, Bagdad dan lain-lain.
Ditanah Hidjaz ia berdiam 6 tahun lamanya. Dia terkenal sangat bersungguh-sungguh memeriksa hadis dan menyisihkan mana diantaranya yang ‘shahih’ dan yang ‘lemah’ dengan pengetahuan dan penyelidikan yang luas. Kepada pujangga yang tidak ada bandingannya itu tentang ‘ilmu hadis tertumpah kepercayaan seluruh Dunia Iaslam dengan meletakkan hadis yang diriwayatkannya pada darjat yang tinggi’.

Kitab “Al Djami’us Shahih”, yang lebih terkenal dengan nama “ Shahih Bukhari” diakui oleh “Ulama-ulama Islam sebagai kitab kumpulan hadis yang sangat boleh dipercayai, dan nombor dua daripadanya ialah “Shahih Muslim”. Kedua (Bukhari dan Muslim) sangat hemat cermat benar memeriksa orang yang membawa ( menceritakan ) tiap-tiap hadis, baik tentang kejujuran dan kekuatan ingatannya, begitupun persambungan orang-orang yang menyampaikan riwayat itu tidak putus pertaliannya sehingga sampai kepada sahabat yang menerima sendiri dari Nabi.

Pengumpulan hadis dalam sebuah kitab besar itu diusahakan oleh Imam Bukhari dalam masa 16 tahun. Dan tiap-tiap hendak memuatkan sebuah hadish kedalamnya, terlebih dahulu dia mandi dan sembahyang dua raka’at mohon pertimbangan kepada yang kuasa.

Bukti bertapa besarnya perhatian dan penghargaan kaum Muslimin kepada kitab ini, dari dahulu sampai sekarang, cukuplah apabila kita mengetahui adanya berpuluh-puluh kitab dari berbagai pengarang yang membuat syarah (keterangan terperinci), ada yang paling lengkap seperti Fathul Bari oleh Ibnul Hadjar ‘Askalanie, Minahul Bari oleh Syirazie dan lain-lain, serta ada pula yang dengan sederhana saja. Dan tidak kurang pula yang membuat ikhtisarnya (ringkasan) seperti Djawahirul Bukhari oleh Mustafa Muhammad ‘Amarah dan Irsjadu’s Sari wal Qari oleh Zabidi, dan lain-lain kitab yang tak usah disebut namanya satu persatu.
Terang, bahawa Shahih Bukhari adalah mutiara yang cukup dikenal keindahannya.

“Orang-orang yang bersungguh-sungguh pada agama Kami, niscaya akan Kami tunjukkan kepadanya jalan Kami, dan Allah menolong orang-orang yang berbuat kebaktian.” (Al ‘Ankabut 69 )

wiragila
Comments: Post a Comment





Sirih Pulang Ke Ganggang

' 5:20 PM l

Saturday, March 29, 2008

Perghh…. Pindah nih bukanlah beh. Flat tingkat pat takder lif. Adoi bayangkanlah. Nak menurunkan brg2 tur semer. Mak aii. Aku, ngoh dan teh sampai mlm jumaat aritu.. Sampai di Kota Kumbang(nama samaran) pukul 11 mlm. Tunggu Ken lagi dekat 30 minit. Rumah dah tak ada letrik, air pun tak der.

Masuk rumah, huih.. gelap!!! Pakai lilin jer. Teraba2 kitorang mengemas. Pastur… tidur takder kipas. Dari malam mengemas nak kejarkan pagi nak kena angkut kebawah pulak. Sampai aku, ngoh dan teh tertidur penat. Tidur dgn tak mandinyer, dah macam ‘delik’ dah

Besoknya nak muntah dah aku ngan ngoh. Nasib baiklah Dee dtg. Dan tak lama lepas Dee sampai Azri sampai… walaupun tengah kerja sempat juga dia tolong kejap. Dalam pada tur, pukul 4.30pm gak baru siap. Gi Putrajaya ambik barang Dee sikit, pukul 6 ptg baru siap semuanya.
Aku dgn ngoh, dua org balik Kota Kumbang semula. Kemaskan ‘bilik Kunfu’ aku. Kemaskan sampah-sampah. Mati ooo… pukul 12 tengah malam pulak baru siapnya.

Mcm maner aku nak ckpkan. Aku terasa sangat bersalah. Memang bila kita susah, sebenarnya ramai org di sekeliling kita yang akan turut susah. Sama ada kerana kita menyusahkan diorang atau kesusahan kita menuntut pengorbanan mereka. Tapi kot mana-mana pun tetap kira menyusahkanlah. Tapi aku tak mampu untuk minta maaf sebab menyusahkan adik-adik aku. Aku takut diorang terasa hati, seolah2 pertolongan yang mereka hulurkan pada aku tur tak ikhlas, kerana terpaksa. Sebab kalau aku sendiri duduk ditempat diorang tentu aku akan buat benda yang sama, walaupun mungkin terkurang dari itu.

Dan dari kekurangan yang aku tanggung sekarang. Aku sebenarnya sangat besar hati nak UCAP TERIMA KASIH pada adik-adik aku. Tapi tak mampu juga aku lafaskan. Aku takut lapulak karang diorang kecik ati. Sedangkan semua susah payah titik keringat, darah dan nasi yang disuapkan bukanlah mereka minta diulang tayangkan semula.

Jadi, caranya untuk aku menzahirkan apa yang aku tak mampu ucapkan tu adalah dengan menghargai detik-detik sekarang dan akan datang. Sesungguhnya peluang kedua ini adalah hadiah dari Allah melalui mereka. Bukan nilainya sepikul emas, atau juga sekarung intan apa yang telah mereka timbakan dari telaga kesusahan mereka sendiri demi melautkan kebahagiaan dan kesempurnaan buat aku.

Dan lantaran dari itu aku rasa bagaikan mendapat nyawa kedua. “empat tahun hidup dalam perlarian yang aku cipta sendiri, kini si kecil yang tidak sempat aku lihat beralaskan 7 helai kain batik dulu berada diriba” semua itu tidak mungkin sama sekali aku membalasnya. Walau secekal mana aku mencuba dan walau setinggi mana aku bercita-cita.


“Apa sekalipun akhir hikayatnya, yang penting sekali mencuba dan berusaha sehabis daya”

delik = anak orng asli
bilik kunfu = bilik kerja aku

wiragila
Comments: Post a Comment







SerBa sedikit TenTanG Akui

ADDEY SHAM JAFFAR
418 Kota KeEmpat Dragon City
Gaging Putih
Sudah berkahwin
Melayu
Islam
Malaysia
Rumah Baru Aku

WIRAGILA

Cari Duit Sampingan

ebook Free

IP


DiSebaLiK "Faintallah"~


Imam Malik pernah berkata. "ZUHUD itu bukanlah beerti meniadakan DUNIA , tetapi mengosongkannya dari HATI"

MutiArAr

Dari Abu Hurairah ra. menjelaskan bahwa Rasulullah bersabda,
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berkata baik atau diam. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah menghormati tetangganya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah menghormati tamunya” (HR Bukhari dan Muslim)

SPEAK TO ME PLEASE_



Iklan²L




Kisah Silamq

Pindah Rumah Dah
WaRkaH BuaT BonDa
PergiMU tiada PENGGANTI
Kedudukan aurat ipar duai, biras
iblis DAN SEKSAANNYA
Warkah Buat Bonda
MAQAM-MAQAM ROH
Kebesaran Kalimah LAILAHHAILLALLAH
Sufiah Yusof Sebuah Kisah Hidup
Kejamnya manusia kononnya kerana CINTA

Sejarah Laluq

March 2008April 2008May 2008June 2008March 2009May 2009June 2009


OrG-oRg yg aKu KeNalL

rEStiNPeaCe
NgoH
poksyu
ANdAk
TanG
YaNNie
TeH
MamaT

My Visitorse


traffice

www.e-referrer.com

THANK-YOUe

designer:
WIRAJIWA
music by:wirajiwa