<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3321638412873486803&amp;blogName=Wirajiwa%27s+BLOG&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fwirajiwa.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fwirajiwa.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div> <script type='text/javascript' src='http://track3.mybloglog.com/js/jsserv.php?mblID=2008032602331883'></script>
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
WaRkaH BuaT BonDa

Sunday, May 10, 2009 ' 4:32 PM l
Emak,SELAMAT HARI IBU.

Emak Ampunkan Anak Mak.

Mak, Anak nak minta Ampun dengan Mak kerana selama ini Anak banyak berdosa dengan Mak. Anak selalu melebih-lebihkan ORG LAIN depan Mak. Anak tak perasan yang perbuatan Anak menyebabkan Mak kecil hati. Bertahun-tahun baru Anak sedar Mak. Tapi percayalah Mak Anak tak niat macam tu. Anak Cuma nak tunjukkan yg Anak Mak dihargai oleh orang lain. Tapi walau macam manapun Anak tetap salah.

Mak, Anak juga nak minta Ampun dengan Mak kerana selalu pandang ke arah lain bila masa Mak tengah bercakap dengan Anak. Masa Mak tengah luahkan perasaan Mak, masa Mak bercerita tentang zaman Mak kecik2, masa Mak bercerita susah senang Mak membesarkan Kami. Anak selalu saja tak ambil perhatian. Anak dengan sambil lewa memberi komen tentang rancangan TV yang sedang ditayangkan. Anak minta Ampun Mak.

Mak. Ampunkan Anak Mak, kerana setiap kali Mak ‘SMS’, Anak akan balas dengan sms juga. Kalau Mak sms ke Anak , “Ady datang rumah Mak tak nanti?” Anak akan balas, “datang”. Macam susah sangat Anak nak tekan butang ‘CALL’ kt HP Anak. Anak minta Ampun Mak. Anak berdosa sangat dengan Mak.

Mak. Anak teringat balik kalau Mak suruh Anak apa2. Mak selalu cakap dengan lembut dan rendah diri. “Ady boleh tak kalau Mak nak minta tolong(.......)”. Sedangkan Anak adalah Anak Mak. Mak tak perlu untuk merendah diri begitu sekali. Tapi Mak tetap cakap dengan bahasa yang paling indah untuk Anak dengar. Tapi anak tak perihatin tentang itu. Anak selalu jawab dengan tanpa rasa bersalah,tak dapatlah Mak, saya ada kerja. Esoklah....” Makkk!!! Ampunkan Anak....Ampunkan Anak Mak.

Mak, Anak juga nak minta Ampun dengan Mak. Anak selalu melupai Mak. Setiap kali anak menyuapkan nasi kemulut. Anak tak pernah sekali berkata atau terfikir “Yaa Allah, apakah yang Ibuku makan hari ini..?” Mak, besar benar dosa Anak dengan Mak.

Mak, hidup Anak Mak dah bertambah baik sekarang. Semua beransur2 pulih. Anak dah tak susah macam dulu(walaupun tidak senang tapi Anak tidak susah). Anak dah boleh menampung kehidupan keluarga Anak. Dengan pendapatan Isteri Anak dan pendapatan Anak sendiri boleh dikatakan Kami cukup makan pakai. Semua ni berkat dari restu dan Doa Mak. Anak dah boleh menabungkan untuk anak-anak walaupun tak banyak. Tapi anak tak ada pun menabung untuk Mak. Tabungan untuk sakit demam Mak. Untuk Mak nak pergi Umrah ke, pergi Haji ke. Tak kiralah walau 50sen sehari pun. Itu pun Anak tak dapat buat untuk Mak. Tidak perihatinnya Anak Mak. Tentu Mak kecewa. Mak Ampunkan Anak Mak.

Mak, Ampunkan Anak Mak. Anak jarang sangat peluk dan cium Mak. Anak tidak mengambil berat akan perkara itu. Tapi sekarang Anak seolah2 nampak dengan jelas sewaktu Anak lahir, masa Anak kecil, masa Anak baru pandai merangkak dan berjalan. Bertapa Mak rasa sangat bahagia memeluk dan mencium Anak(kerana sekarang Anak Mak dah punya anak sendiri dan Anak dah faham perasaan itu). Bertapa Anak bahgia dan gembira bila Mak peluk Anak dan cium Anak (sebab Anak dapat lihat semua itu dari anak2 ). Anak selalu harap bila Anak dah tua nanti anak2(cucu-cucu Mak) akan buat perkara yang sama yg Anak buat pada mereka. Tentu Mak pun macam tur. Mak bukan nak duit Anak setiap kali Anak balik jumpa Mak. Mak bukan nakkan hadiah setiap kali harijadi Mak. Mak bukan nakkan baju dan perhiasan yang cantik2 setiap kali hari raya. Mak Cuma nak Anak Mak yang dah besar2 ini selalu peluk dan cium Mak dengan penuh kasih sayang sama macam yang Mak buat pada Kami semua.

Mak Ampunkan Anak. Ampunkan Anak. Anak lupa pada semua ini. Anak janji Anak tak akan ulangi kesilapan ini lagi Mak. Besarnya dosa Anak dengan Mak. Anak janji tidak akan melebih2kan orang lain dari Mak sendiri. Anak janji akan sentiasa mendengar dengan setia setiap kali Mak bercakap dengan Anak. Anak akan sentiasa memandang Mak dengan senyuman.....Mak, janganlah kecewa dengan Anak, Anak berjanji semuanya akan berubah. Anak akan perbaiki setiap kesilapan Anak. Anak akan sentiasa ingat dan mendoakan kesejahteraan Mak. Mak bagilah Anak peluang sekali lagi... Anak tau Mak sayang Anak, dan Anak nak membalasnya. Walaupun mustahil Anak nak membalas kasih sayang seorang Ibu. Tapi bagilah Anak peluang untuk jadi Anak seperti yang Mak harapkan.

Mak, Anak nak selalu peluk Mak, nak selalu cium Mak. Tapi Anak dah duduk jauh pulak. Masa Anak duduk dekat dengan Mak Anak tidak sedar semua ini. Mak, menyesalnya Anak tidak menggunakan peluang sewaktu Anak berapa di samping Mak. Mak, andai Allah memberi peluang lagi....Anak tidak akan sekali2 mengulangi kesilapan itu lagi. Anak akan selalu peluk dan cium Mak. Anak akan selalu membahagiakan Mak sedaya mungkin.

Ampunkanlah Anak Mak. Kasihankanlah Anak Mak. Anak tak mahu jadi Anak yang derhaka. Anak tak mahu masuk Neraka. Anak nak nanti Mak dalam Syurga. Mak, Anak sayang MAK.

Dan sekali lagi Mak.... SELAMAT HARI IBU,

“SEMOGA ALLAH MENJADIKAN MAK IBU YANG PALING BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.”

voice: Untuk adik2ku janganlah ulangi kesilapan aku. Gunakanlah peluang dengan sebaiknya.


wiragila
Comments: Post a Comment







SerBa sedikit TenTanG Akui

ADDEY SHAM JAFFAR
418 Kota KeEmpat Dragon City
Gaging Putih
Sudah berkahwin
Melayu
Islam
Malaysia
Rumah Baru Aku

WIRAGILA

Cari Duit Sampingan

ebook Free

IP


DiSebaLiK "Faintallah"~


Imam Malik pernah berkata. "ZUHUD itu bukanlah beerti meniadakan DUNIA , tetapi mengosongkannya dari HATI"

MutiArAr

Dari Abu Hurairah ra. menjelaskan bahwa Rasulullah bersabda,
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah berkata baik atau diam. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah menghormati tetangganya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah menghormati tamunya” (HR Bukhari dan Muslim)

SPEAK TO ME PLEASE_



Iklan²L




Kisah Silamq

Pindah Rumah Dah
WaRkaH BuaT BonDa
PergiMU tiada PENGGANTI
Kedudukan aurat ipar duai, biras
iblis DAN SEKSAANNYA
Warkah Buat Bonda
MAQAM-MAQAM ROH
Kebesaran Kalimah LAILAHHAILLALLAH
Sufiah Yusof Sebuah Kisah Hidup
Kejamnya manusia kononnya kerana CINTA

Sejarah Laluq

March 2008April 2008May 2008June 2008March 2009May 2009June 2009


OrG-oRg yg aKu KeNalL

rEStiNPeaCe
NgoH
poksyu
ANdAk
TanG
YaNNie
TeH
MamaT

My Visitorse


traffice

www.e-referrer.com

THANK-YOUe

designer:
WIRAJIWA
music by:wirajiwa